Monday, June 9, 2014

Kenangan Terindah Kelahiran Putera Sulung ku.

Bertarikh 24/05/2014 @ 0436 pagi bertempat di Wad bersalin Hospital Besar Tawau , Lahirlah putera sulung ku yang bernama Mohamad Farish Daniel yang selama ini dinantikan aku dan isteriku.alhamdulillah ,anak ku lahir dalam keadaan yang sihat dan cukup sifat.Penat dan kerisauan ku menunggu isteri ku di luar Wad Bersalin hilang serta merta setelah aku dikhabarkan berita gembira ini oleh seorang jururawat yang mungkin bosan melihat aku asyik menanyakan tentang isteri ku sejak dia dimasukkan kedalam wad bermula jam 0200 petang semalam.
Alkisah cerita ini bermula pada 23/05/2014 @ Jumaat di rumah aku.Pada hari tu ,aku dan isteri bersiap untuk ke Hospital Besar Tawau bagi temujanji Doktor pada jam 10 pagi.Tiada tanda-tanda kelahiran yang dirasai isteri ku yang menyebabkan kami berdua runsing kerana due date kelahiran anak aku telah berlalu pada 21/05/2014.Atas dasar kerisauan dan tanda tanya,kami gagahkan diri jua ke Hospital.Selepas mengambil nombor giliran,aku mencadangkan isteri aku untuk sarapan terlebih dulu sebab tak sempat breakfast kat rumah.
Semasa sibuk mencari restoran untuk sarapan,aku mencadangkan pada isteri ku yang aku nak sarapan + lunch kat pizzahut,tapi isteri cakap yang dia nak makan makanan nasi campur di Restoran Sri Keningau.aku ikutkan juga kemahuan nya untuk makan nasi campur di Restoran tu.Isteri ku cakap,lepas habis temujanji baru mau makan pizza
Selepas kami bersarapan,aku terus drive ke hospital takut nombor giliran terlepas.Sampai je di sana,isteri aku pun terus masuk berjumpa doktor dan aku tunggu di luar bilik coz ramai pesakit perempuan kat dalam bilik tu.Sambil aku menunggu,aku dipanggil jururawat yang bertugas.Dia menyerahkan sekeping surat dan borang untuk aku serahkan ke tempat pendaftaran wad.Makin berdebar aku rasa,perasaan tak sabar nak jadi ayah dengan perasaan risaukan isteri aku.Selepas urusan pendaftaran,aku berjumpa isteri ku di luar bilik dengan perasaan yang gelisah.Aku cuba tenangkan nya walhal aku yang paling gelisah sekali.Tepat jam 11.30 pagi,aku temankan isteri ku di dalam wad bersalin.Disana,aku lihat airmata nya mahu menitis kerana kerisauan.Aku peluk dan ku kucup dahinya untuk memberinya semangat agar dia tidak takut.
Semasa di Wad itu,datang seorang jururawat membawakan persalinan serba pink untuk isteri ku.Pada waktu itu juga aku terus menanyakan tentang isteri ku.Jururawat memberitahuku yang isteri ku ditahan untuk pemeriksaan bukaan rahim.Setelah penjelasan tersebut mereka menyuruh isteriku untuk menukar pakaiannya.